Thursday, 21 February 2013

Etnografi Sarawak:Upacara Perubatan Tradisional Barasid di Kabong, Sarawak


Etnografi Sarawak: Kisah Dari Lapangan

Dari Nota Lapangan Tentang Upacara Perubatan Tradisional Barasid di Kabong, Sarawak

Mengenali watak-watak halus melalui upacara perubatan:

Siapa kata hantu tidak berkira? Dalam amalan perubatan tradisional yang disebut sebagai berasid seperti dilaporkan dalam satu bengkel tradisi lisan di Kabong pada tahun 1983 memang mahluk halus bernama hantu dijadikan perantaraan untuk mendapatkan rawatan. Seperti seorang manusia yang telah dijadikan Tuhan maha pencipta, hantu pembantu dalam upacara pengubatan yang disebut barasid ini sangat berkira sifatnya. Boleh dikatakan bahawa macam mana materialistiknya manusia begitulah juga sifat jin dan hantu. Ada sejenis itu akan mengira upah (baih) yang telah diterimanya dari manusia dengan membilang upah yang telah diterimanya sambil berkata seperti berikut:

“ … Dudi, dudi, dudi beres, beres pio juak
Yo enggak upahnya
Dudi, dudi, dudi serupo!”

Seringkali apabila upah baih kurang memuaskan, antu barasid akan bersungut dan berkata seperti berikut:

“ … Gila jak miskin serentak …
Ya enggak beri upah elah kito …
Dikit gila upah kitak tuu …
Lelah kamek oleh kitak manger …”

Sebagai orang perantara  kepada hantu berkenaan, tukang barasid akan bersungut-sungut tentang upahnya yang tidak memuaskan dan ini dizahirkan melalui pelakuan atau perbuatan mengacau –ngacau beras dan benang dalam bekas gantang yang digunakannya dalam upacara pengubatan sebagai tanda menyatakan rasa tidak puas hati hantu dengan upah yang telah diberikan kepadanya dan  keinginan hantu untuk mengembalikan hadiah yang tidak memuaskan. Melihat keadaan sedemikian dan demi mendapatkan kembali kesihatan family pesakit akan menambah upah mereka kepada si hantu sehingga ke tahap yang dia hajati ….

No comments:

Free Hit Counter