Thursday, 21 February 2013

Etnografi Sarawak:Upacara Perubatan Tradisional Barasid di Kabong, Sarawak


Etnografi Sarawak: Kisah Dari Lapangan

Dari Nota Lapangan Tentang Upacara Perubatan Tradisional Barasid di Kabong, Sarawak

Mengenali watak-watak halus melalui upacara perubatan:

Siapa kata hantu tidak berkira? Dalam amalan perubatan tradisional yang disebut sebagai berasid seperti dilaporkan dalam satu bengkel tradisi lisan di Kabong pada tahun 1983 memang mahluk halus bernama hantu dijadikan perantaraan untuk mendapatkan rawatan. Seperti seorang manusia yang telah dijadikan Tuhan maha pencipta, hantu pembantu dalam upacara pengubatan yang disebut barasid ini sangat berkira sifatnya. Boleh dikatakan bahawa macam mana materialistiknya manusia begitulah juga sifat jin dan hantu. Ada sejenis itu akan mengira upah (baih) yang telah diterimanya dari manusia dengan membilang upah yang telah diterimanya sambil berkata seperti berikut:

“ … Dudi, dudi, dudi beres, beres pio juak
Yo enggak upahnya
Dudi, dudi, dudi serupo!”

Seringkali apabila upah baih kurang memuaskan, antu barasid akan bersungut dan berkata seperti berikut:

“ … Gila jak miskin serentak …
Ya enggak beri upah elah kito …
Dikit gila upah kitak tuu …
Lelah kamek oleh kitak manger …”

Sebagai orang perantara  kepada hantu berkenaan, tukang barasid akan bersungut-sungut tentang upahnya yang tidak memuaskan dan ini dizahirkan melalui pelakuan atau perbuatan mengacau –ngacau beras dan benang dalam bekas gantang yang digunakannya dalam upacara pengubatan sebagai tanda menyatakan rasa tidak puas hati hantu dengan upah yang telah diberikan kepadanya dan  keinginan hantu untuk mengembalikan hadiah yang tidak memuaskan. Melihat keadaan sedemikian dan demi mendapatkan kembali kesihatan family pesakit akan menambah upah mereka kepada si hantu sehingga ke tahap yang dia hajati ….

Wednesday, 9 January 2013

Ada Perkara Besar Yang Tidak Kena di tempat yang bergelar "The Heart of Borneo" (Nadi Borneo)

Kenapakah seorang tenaga pengajar akademik Universiti Brunei Darussalam bertaraf Associate Professor Dr Maung Zarni meletak jawatan dengan tiba-tiba? Apa halnya dan apa kata pihak pimpinan atasan Universiti Brunei Darussalam? Dan apakah isi kandungan SALINAN SURAT AP DR. MAUNG ZARNI kepada mantan majikannya UBD dan nama2 individu2 yang berkaitan dengan perletakan jawatannya?

Sudah tiba masanya rakyat Negara Brunei Darussalam diberitahu keadaan ketidaktentuan atau huru-hara yang sedang berlaku di sebuah institusi pendidikan ulung dan utama di Negara Brunei Darussalam. Semenjak penasihat khas Associate Professor Tong Chee Kiong memegang tugas sebagai penasihat dan de facto Vice Chancellor di Universiti Brunei Darussalam ramai tenaga akademik yang berkaliber dari University of Harvard, London School of Economics, Oxford Uinversity dan Cambridge University telah ditamatkan kontrak mereka oleh Tong Chee Kiong dengan izin Vice Chancellor yang bertaraf part-time Zulkarnain dan konco2 mereka, yang ada daripada mereka tersebut dalam surat Dr Maung Zarni.

Tindakan memberhentikan tenaga akademik yang cukup berkaliber ini telah dilakukan secara sistematik dan penuh deceit oleh penasihat VC sehingga ramai yang tidak menyangka adakah matlamat Emperor Tong Chee Kiong ini bertmotifkan pembahruan dan berkepetingan memajukan universiti kebangsaan Brunei atau suatu usaha untuk membawa konco-konco beliau dari Singapura, Taiwan dan Mainland China yang ada daripada mereka tidak setinggi pencapaian akademik dan lebih tua daripada tenaga akademik yang ditamatkan kontrak yang terdiri dari yang utama seperti Malaysia, Amerika, Afrika, India dan United Kingdom.

Memang sudah tiba masanya tindakan kejam,  tidak berperikemanusiaan apatah lagi tanpa pertimbangan akademik yang jauh dan mendalam Emperor Tong Chee Kiong di Universiti Brunei Darussalam ini DIBERHENTIKAN dan perkhidmatan beliau sendiri patut ditamatkan serta merta sebelum Universiti Brunei Darussalam yang dulunya begitu popular dan diminati oleh sarjana dan penyelidik luar tidak dapat lagi disebut sebagai sebuah universiti atau BAHTERA akademik yang memperjuangkan aspirasi rakyat Brunei yang mendaulatkan falsafah negara yang sentiasa dilaungkan sebagai MIB atau Melayu, Islam, Beraja. Kenapa? Kerana Nakhoda kapal ini yang sebenarnya bukan lagi seorang Melayu yang punya jiwa Melayu yang dapat memperjuangkan kepentingan dan hasrat Melayu Brunei, bukan seorang yang dapat memperjuangkan kepentingan agama rasmi Brunei iaitu agama Islam dan apatah lagi menghormati posisi istimewa kedudukan Raja Melayu Brunei melalui tindak tanduk yang telah dan sedang dirancana dan dilakukannya sepanjang tempoh beliau menduduki jawatan sebagai "penasihat khas" kepada Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam. Bersama posting ini bacalah dan fahamilah isi kandungan warkah rasmi DR MAUNG ZARNI kepada mantan majikan dan teman-temannya di pejabat Canselori UBD

Free Hit Counter