Friday, 1 August 2008

SARAWAK KEPADA SIAPA HENDAK DISERAHKAN

Ulasan Buku/Book Review
SARAWAK KEPADA SIAPA HENDAK DISERAHKAN
Oleh
Syed Hussin Alattas, Al Nujum Press, Jun 1979 ($4.00)

Karya S.H. Alattas yang berjudul Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan adalah sebuah buku kecil mengandungi 136 halaman. Karya ini berupa spekulasi dan ramalan mengenai siapa bakal pengganti Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kob di Sarawak. Di dalamnya beliau telah meninjau perkembangan sejarah politik Sarawak sejak mula pemerintahan Brooke sehingga penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia. Beliau juga mengisahkan perkembangan parti-parti politik Sarawak sebelum Malaysia hingga kepada penubuhannya. Turut diceritakan ialah pergelutan antara parti-parti politik setelah Sarawak menyertai Malaysia, perubahan yang dilalui oleh SNAP pada 1974 dan perkembangan seterusnya. Dalam membicarakan siapa pengganti Tun Datuk Patinggi Rabman beberapa orang tokoh politik Sarawak telah dikemukakan, sambil meneliti kelayakan mereka untuk jawatan tersebut.

S.H. Alattas juga membincangkan kaitan politik Sarawak dengan tindak-tanduk tokoh-tokoh politik Semenanjung dan juga Sabah, terutama sekali dan segi kedudukan Tun Datuk Patinggi Rahman sebagai Ketua Menteri Sarawak. Turut diketengahkan ialah peranan Abdul Rahman Hamzah dalam pergolakan parti Pesaka Bumiputra Bersatu.

Tindakan A.R. Hamzah dinyatakan sebagai sesuatu yang melambangkan adanya perkara yang tidak kena yang sedang berlaku dalam pucuk pimpinan PBB. Ini telah ditonjolkan lagi oleh penyertaan Haji Alli Kawi dalam arena politik Sarawak. Penubuhan Parti Rakyat Jati Sarawak atau PAJAR oleh Haji Alli Kawi adalah manifestasi rasa tidak puas hati sebilangan orang Melayu Sarawak terhadap apa yang didakwa sebagai penyelewengan dalam PBB.

Buku ini menarik perhatian kita kepada beberapa isu pokok yang menjadi minat seorang akademik. Di antaranya ialah masalah yang kerap dihadapi oleh para pengkaji dalam usaha memperolehi data. Ini menyentuh masalah red tape, kekurangan bahan dan juga kurang kesanggupan pihak yang dikaji mengeluarkan apa yang tersimpan untuk dirakam dalam buku atau artikel. Selain itu, buku ini juga menarik semangat penulis yang begitu berani dan gigih untuk membukukan sesuatu dalam masa yang sebegitu singkat. Lebih menakutkan ialah kenyataannya bahawa sejarah politik bumiputra belum pernah ditulis, dan persoalannya ialah salahkah

120

beliau sebagai seorang bumiputra mengisi kekosongan ini? Memang banyak persoalan yang ditimbulkan oleh S.H. Alattas yang menarik perhatian terutama kepada seorang pembaca yang berasal dan bumi Kenyalang.

Adalah adil kiranya saya membetulkan beberapa kesilapan yang terdapat dalam buku tersebut. Pertama, terutama kenyataan pengarang bahawa sejarah perjuangan bumiputra belum pernah ditulis oleh bumiputra. Dalam hal ini saya rasa tuduhan beliau kurang tepat. Kalau beliau lebih teliti seperti yang dinasihati oleh Datuk Amar Taib Mahmud (hal. 11), mungkin beliau akan menyedari bahawa memang sudah ada kajian dan penulisan seperti yang dimaksudkan itu. Sila lihat Ongkili: 1967; 1974; Bujang: 1960; Gramong: 1970 dan Sanib: 1976. Malangnya ada juga hasil-hasil kajian dan penulisan mengenai aspek ini yang tidak diserahkan kepada Muzium Sarawak. Oleh itu hasil-hasil ini tidak termasuk di dalam senarai tesis yang ada dalam simpanan Muzium Sarawak. Ada juga yang tidak diterbitkan. Mungkin lingkungan masanya tidak seluas yang diliputi oleh S.H. Alattas, kerana kerja seperti ini memerlukan masa dan belanja yang tidak ada pada pengkaji dan pelajar bumiputra dan universiti-universiti tempatan.

Selain daripada itu, usaha pengarang untuk mengaitkan maksud perkataan Sarawak dan tajuk bukunya adalah suatu usaha yang saya fikir tidak perlu. Sepanjang yang saya ingati, perkataan Sarawak tidak terdapat dalam bahasa atau kamus Iban. ‘Berpisah’ dalam bahasa Iban bukan sarawak tetapi besarak atau selara (Howell & Bailey 1900: 152; 155).

Kenyataan beliau mengenai Pangeran Muda Hashim sebagai pemerintah atau autokratis dan zalim adalah tidak betul. Sebenarnya bukan Pangeran Muda Hashim yang memerintah Sarawak semasa awal kedatangan Brooke. Yang mentadbir Sarawak ketika itu ialah Pangeran Mahkota. Pangeran Muda Hashim telah dihantar oleh Sultan Omar Ali Saifuddin untuk mententeramkan keadaan politik di Sarawak. Di Sarawak pada masa itu telah berlaku pemberontakan oleh penduduk Melayu Melanau serta penduduk pribumi yang lain ke atas pemerintahan Pangeran Mahkota yang zalim (Irwin: 1955; Tarling: 1971; Runciman: 1960).

Analisis yang dibuat oleh pengarang mengenai anti-cessionists sebagai kelompok yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British tetapi sebaliknya ingin mengekalkan pemerintahan Brooke adalah suatu yang kurang tepat. Dalam hal ini kita perlu melihat tindak-tanduk anticessionists dan perspektif yang adil. Sebenarnya tindakan anti-cessionists menentang British dan ingin bertahan kepada Brooke adalah suatu gamble yang perlu. Memang mereka tahu antara kedua-duanya tiada beza— samasama kulit putih. Tetapi kerajaan British adalah suatu kuasa yang lebih besar, lengkap dengan jentera-jenteranya. Sementara kuasa Brooke adalah kuasa sebuah keluarga yang mungkin boleh digugurkan andaikata tiada bantuan dan kuasa besar. Oleh kerana bilangan penduduk Melayu

121

yang begitu kecil dan tidak semua pula bersama pihak anti-cessionists, maka mempertahankan Brooke adalah suatu keperluan strategi. Bagi orang Melayu ketika itu, Brooke laksana suatu yang pahit namun dibuang sayang.

Di samping apa yang telah dinyatakan, kesilapan-kesilapan lain sebenarnya boleh diatasi andainya buku mi telah disemak dan disunting dengan betul. Terdapat banyak kesalahan dan segi ejaan dan pentarikhan. Misalnya perkataan Bidayuh (hal: 27) dieja dengan huruf D sehingga menjadi Disayuh. Mission Road menjadi Mission Rood. Nama Dato’ Stephen Kalong Ningkan juga telah dieja dengan salah hingga menjadi Ningkhan dengan tambahan huruf h. Nama Inggeris sebenarnya tidak perlu ditukar walaupun buku ditulis dalam bahasa Melayu. Sepatutnya nama Duncan Stewart dikekalkan dalam bentuk asal bukan Dunken Stewart (hal 46). Di halaman 51 dikatakan bahawa SCA telah ditubuhkan pada tahun 1972. Saya harap kesilapan ini tidak disengajakan, kerana Sarawak Chinese Association telah ditubuhkan pada Julai 1962 bukan 1972 (Leigh 1974: 22; Roff 1974: 70).

Dalam hal tarikh in saya dapati juga bahawa S.H. Alattas cuai dan segi menerangkan pentingnya sesuatu tarikh. Misalnya dalam memberi sedikit ringkasan latar mengenai Robert Jitam ada dinyatakan bahawa Robert Jitam telah ditahan oleh British pada tahun 1962. Seorang pembaca sejarah tentu ingin tahu apa dosa seseorang itu sehingga dipenjarakan. Tarikh dalam sejarah ditulis dengan tujuan menyatakan sesuatu yang bermakna yang ada hubungannya dengan fakta sejarah yang lain. Ini suatu perkara yang telah diabaikan oleh S.H. Alattas. Untuk makluman, Robert Jitam telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemberontakan di Brunei pada tahun 1962 (Leigh 1974: 33; 1970: 216).

Saya rasa, dalam keghairahan pengarang untuk bercerita mengenai tokoh-tokoh politik bumiputra beliau telah mengabaikan peranan yang dimainkan oleh tokoh politik dan pergolakan politik bumiputra. Ini nyata sekali dalam kes Dato James Wong. Peranan beliau hanya disentuh secara sepintas lalu walaupun dalam konteks perbincangan mengenai SNAP. Kedudukan Dato James Wong dalam Sarawak National Party atau SNAP adalah penting kerana beliaulah di antara sumber kewangan SNAP yang utama. Inilah sebabnya apabila beliau ditahan pada tahun 1974, SNAP terpaksa memikirkan semula kedudukannya sebagai sebuah parti pembangkang. Oleh kerana Dato James Wong dan wangnyalah SNAP tidak dapat menjadi se-Iban yang diharapkan oleh kalangan pemimpin muda Iban. (Sila lihat Straits Times, 5 dan 6 Disember 1981). Penyertaan SNAP dalam Barisan Nasional serentak dengan pembebasan James Wong dari tahanan pada tahun 1976 menunjukkan hakikat ini di samping memperlihatkan juga perubahan dari segi strategi SNAP (Milne & Mauzy 1978: 209-210).

Dan peranan Cina memang tidak dapat diketepikan dalam sejarah

122

politik Sarawak. Penyertaan Sarawak United Peoples Party atau SUPP dalam kerajaan menunjukkan betapa pentingnya sokongan parti Cina untuk pemerintahan yang diketuai oleh PBB. Begitulah juga pentingnya SNAP bagi kestabilan Kerajaan Campuran Sarawak yang mula-mulanya hanya dianggotai oleh PBB dan SUPP. Penyertaan SUPP dalam kerajaan sedikit sebanyaknya telah membantu dan segi mengawal tentangan kaum Cina terhadap dasar-dasar berhubung dengan pelajaran, keamanan, keselamatan dan pembangunan Sarawak masa kini.

Secara umum buku SR. Alattas hanyalah satu tambahan saja kepada senarai buku-buku yang pernah ditulis mengenai sejarah politik Sarawak. Tidak banyak yang baru dalam buku tersebut kecuali bab-babnya yang berhubung dengan A. R. Hamzah, seorang non-con/àrmist dalam PBB dan Haji Alli Kawi dan PAJAR. OIeh kerana AR. Hamzah orang dalam, mungkin tindak-tanduknya tidak mendapat publisiti dalam media-massa seperti tokoh-tokoh lain dan parti-parti pembangkang. Dan tidak seperti di Semenanjung. publisiti bagi orang yang membangkang di Sarawak memang sukar diperolehi kecuali bagi yang balik ke pangkal jalan’.

Senarai penasihat-penasihat Tun Datuk Patinggi Rahman juga menanik perhatian saya. kerana ini memang jarang disentuh oleh mana-mana penulis sejarah politik Sarawak. Latar belakang mereka sangat menarik. Datuk Haji Noon Tahir, misalnya, pernah mendapat didikan Cina dan Melayu. Pendidikan Melayunva tidak begitu menghairankan. Latar belakang pendidikan Cinanya mungkin dapat menerangkan kenapa tindakan PBB ke atas lawan krap begitu pantas. tegas dan keras. Datuk Ahmad Boestamam termasuk dalam senarai pengarang buku in Beliau mungkin telah memben Tun Datuk Patinggi banyak tips berdasarkan pengalamanya yang banyak di Semenanjung terutama dan segi memperjuang dan mempertahankan kepentingan bumiputra, khususnya Melayu. Dalam hubungan ini kedudukan Sdr. Subkhy Latif sangat aneh kepada saya. Dan segi manipulasi politik. saya tidak nampak langsung kenapa Tun Datuk Patinggi memerlukan Subkhy kerana saya rasa anak bumi Kenyalang seperti Tun Datuk Patinggi lebih arifdan handal dalam hal ini.
S.H. Alattas berjaya mengenengahkan kedudukan AR. Hamzah dalam pergolakan politik PBB sehingga berlakunya perubahan dalam pucuk pimpinan sekarang. Tetapi analisis beliau terlalu sensational daripada yang dijangkakan terutama bagi seseorang yang ingin menulis mengenai sesuatu yang serius seperti sejarah politik Sarawak. Bagi pemmnat yang serius, sejarah politik Sarawak tinjauan S.H Alattas adalah terlalu simplistic, Beliau hanya melihat politik Sarawak dan segi pergolakan antara Melayu-Melanau dan sedikit-sedikit Iban. Sebenarnya keadaan tidaklah semudah itu.
Dalam tindakan yang diambil oleh tiap-tiap parti politik Sarawak memang ada pertimbangan tertentu dan segi kuasa dan pengaruh vis-a-vis parti dan kaum lain. Di kalangan Iban pun ada perkiraan tiap-tiap pihak

123

yang terlibat samada dan SNAP atau Pesaka. Dalam SNAP ada golongan tuanya; ada juga golongan muda yang lebih mahu SNAP seperti UMNO kepada Melayu. KaumBidayuh dan SNAP pula mahu SNAP memperjuangkan juga nasib Bidayuh. Banyak lagi kaum-kaum lain yang menumpang nasib seperti mi dalam parti-parti besar seperti SUPP dan PBB. Mereka terdiri dan Kayan, Kenyah, Kelabit dan sebagainya. Dan menumpang mi bukan perkara yang enteng bagi yang memberi turnpangan dan yang menumpang sendiri. Untuk mengharapkan Iban bertindak secara consensus terhadap pentadbiran Tun Datuk Patinggi Rahrnan seperti yang diragui akan berlaku oleh S.H. Alattas adalah suatu overestimation. Masalah primordial sentiment di Sarawak masih begitu menebal untuk perkara seperti itu berlaku. Ketiga-tiga Rajah Putih Sarawak memahami masalah mi. Dan mereka berjaya mentadbir Sarawak walaupun ada sedikit tentangan di sana sini. Kejayaan Tun Datuk Patinggi Rahman juga adalah hasil dan pengetahuan dan kesedarannya tentang masalah ini.

Saya tidak nampak apa-apa yang kontroversial mengenai isi kandungan buku S.H. Alattas sehingga beliau boleh dihalau dan Sarawak. Pihak di Sarawak sebenarnya telah membantu S.H. Alattas memasarkan buku beliau dalam hal mi. Penghalauan beliau dan Sarawaklah yang telah digunakan oleh S.H. Alattas sebagai isu sensasi (hal. 16-17). Inilah juga yang menarik banyak rakan-rakan saya dan Sarawak untuk membeli buku tersebut. Mereka kepingin untuk tahu apakah yang ditulis pengarang yang dihalau dan bumi Kenyalang i. Sebagai orang yang perlu membaca buku, saya tidak nampak kenapa buku mi tidak boleh dibeli dan dibaca. Sekurang-kurangnya setelah membacanya saya faham pendapat orang lain mengenai perkara yang turut saya minati.

Awang Hasmadi Awang Mois
Universiti Kebangsaan Malaysia

RUJUKAN

Bujang, Mohammed, “The Cession of Sarawak to Great Britain 1946”. Singapore: University of Malaya, 1960.

Gramong, Juna, “The territorial expansion of Sarawak under its first and second White Rajahs”. Kuala Lumpur: University of Malaya, 1970.

Howell, William (Revd.) & Bailey, D.J.S., A Sea Dayak Dictionary. Singapore: American Mission Press, 1900.

Irwin, Graham, Nineteenth-Century Borneo. Singapore: Donald Moore Books, 1955.

Leigh, Michael Beckett, ‘Party Formation in Sarawak”. Indonesia. 9, 1970. The Rising Moon. Sydney: sydney University Press, 1974.

Milne, R.S. & Mauzy, Diane K., Politics and Goverment in Malaysia. Singapore: Times Books International, 1980.

124

Ongkili, James P. The Borneo Response to Malaysia. Singapore: Donald Moore Press Ltd, 1967.

—, Modernization in East Malaysia. 1960-19 70. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972.

Roff, Margaret Clark, The Politics of Belonging. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974.

Runciman, Steven, The White Rajahs. Cambridge: Cambridge University Press, 1960.

Sanib, Said, “Anti-cession movement, 1946 to 1951: The Birth of Nationalism in Sarawak”. BA. (Hons) Thesis. Kuala Lumpur: University of Malaya, 1976.

Tarling, Nicholas, Britain. The Brookes and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971.

125


* Ehsan pengarang NUSANTARA Bil. 9, Julai 1982, 120 — 125. Jurnal terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang sudah diberhentikan penerbitannya.

Thursday, 31 July 2008

Penyelidikan Antropologi di Sarawak

Penyelidikan Antropologi di Sarawak: Satu Nota Rengkas
AWANG HASMADI Mois Universiti Kebangsaan Malaysia

SYNOPSIS

In Sarawak anthropological research can be traced to the time of the White Rajah, Sir Charles Brooke. Since then the Sarawak Museum has been a hive of activity and a storehouse of ethnological and historical materials. Much of the research findings have found their way into the Sarawak Gazette, which faithfully serves as an official and semi-official mouth-piece of the State Museum. Following Sarawak’s independence through the formation of Malaysia, more localised efforts have been made towards reorienting and reordering research strategies and priorities. The focus has been on cross-cultural studies of the numerous tribal groups found in the hinterland as well as in the semi-urban setting. Apart from the need for mobilising research funds, the state also seeks cooperation and collaboration among researchers for the fulfillment of research objectives. There is indeed a pressing need for the timely collection of field data, especially those pertaining to the oral traditions; for fear that these invaluable traditions may very soon vanish under the onslaught of rapid social and cultural changes.

Kenyataan Harrison di bawah adalah suatu rumusan yang baik mengenai peripentingnya penyelidikan sains sosial, terutama yang bersifat antropologi di Sarawak:

People who live in a country with many kinds of people living in it owe that country a positive duty to know about the people other than their own Eighty percent of racial misunderstanding is not due to deliberate nastiness or self-interest but simply due to ignorance, apathy and disinterest.

SEJARAH PENYELIDIKAN SARAWAK

Sarawak boleh kita katakan sebagai sebuah negeri Malaysia yang bernasib baik, terutama dalam konteks penyelidikan antropologi dan bidang-bidang ilmu yang lain. Minat penyelidikan, termasuk yang berkaitan dengan antropologi, telah dimulakan oleh raja kulit putih Sarawak yang kedua, iaitu Sir Charles Brooke, pada pertengahan abad ke sembilan belas. Lawatan A.R. Wallace ke Sarawak pada pertengahan abad yang sama juga adalah sesuatu yang tidak kurang penting dalam konteks ini. Sungguhpun kedatangan

86 AWANG HASMADI AWANG MOIS

Wallace ke Sarawak hanya memakan masa kira-kira setahun (1 November 1854 hingga 25 Januari 1856), peluang mastautinnya di negeri Sarawak telah digunakan sepenuhnya. Misalnya, beliau (1983: 49f) sempat membuat catatan etnologi tentang suku kaum Hill Dayaks (kini kesemuanya dikenali sebagai Bidayuh) di kawasan hulu Sadong.

Minat Charles Brooke dalam bidang penyelidikan sebegitu tinggi. Beliaulah orang yang memberi galakan sepenuhnya kepada pegawai-pegawainya supaya menulis tentang etnografi dan cerita rakyat (folklore) tempatan untuk dimuat dalam Sarawak Gazette. Untuk memberi erti kepada galakannya itu, beliau telah menawarkan hadiah untuk dua kali setahun bagi kertas yang terbaik mengenai etnologi, sejarah dan sejarah semulajadi (Pringle, 1970: 47). Beliau sendiri sempat manghasilkan sebuah buku bertajuk Ten Years in Sarawak (1966). Karya ini mengandungi nota-nota etnologi yang amat berguna.

Oleh kerana minatnya, Charles Brooke telah berjaya memperolehi “unequalled knowledge of the native character” (Howell & Bailey, 1900). Pengetahuannya inilah yang membantu beliau dalam mentadbir Sarawak dengan jayanya. Penubuhan Muzium Sarawak pada tahun 1888 adalah kemuncak dan lambang minat penyelidikan yang telah ditinggalkannya.

Usaha bernilai yang telah dipupuk oleh Charles Brooke telah mempengaruhi banyak pegawai di bawah pentadbirannya untuk menulis tentang perkara-perkara yang menarik minat ahli antropologi kini. Ini termasuk huraian mengenai adat-istiadat beberapa suku kaum Sarawak, sistem adat dan hukum mereka, sistem kepercayaan tradisional, sistem perubatan, dan aspek-aspek lain yang menarik minat bukan saja ahli antropologi dan ahli bahasa malah ahli-ahli sains yang lain seperti ahli sains semulajadi (natural sciences).

Kecenderungan menyelidik dan menulis tentang apa yang telah dijumpai terdapat di kalangan pelbagai pihak dan pentadbir hinggalah ke mubaligh agama Kristian. Kepada mereka yang kebanyakan terdiri dari bangsa Eropah ini rakyat Sárawak amat berhutang budi. Walaupun setengah-setengah tulisan atau laporan mereka mungkin tidak menyenangkan selera golongan ‘pejuang bangsa’ kini, sumbangan mereka tidak dapat kita perkecilkan. Senarai nama mereka ini memang panjang. Namun begitu memadailah kalau dicatatkan beberapa di antara mereka: Ward (1966), Denison (1876, 1877), Howell (1898), Howell & Bailey (1900), Hose (1898), Hose & McDougall (1911), Gomes (1911, 1917), Furness (1902), dan St. John (1974).

87 AWANG HASMADI AWANG MOIS

PERSPEKTIF BARU DALAM PENYELIDIKAN
ANTROPOLOGI

Dalam keadaan yang berubah kini, tentu sekali kita perlu memikirkan semula sumbangan yang boleh kita buat terhadap penyelidikan di Sarawak. Dalam membicarakan hal in saya rasa kertas kerja P.M. Kedit dalam kongres keempat-puluh enam "Australian and New Zealand Association of the Advancement of Science" yang diadakan di Australian National University pada 22 Januari 1975 perlu diberi perhatian.

Dalam kertas kerjanya itu, beliau telah menyatakan tentang perlunya kita menggubal beberapa soalan baru dalam usaha memahami keadaan-keadaan yang telah berubah. Pada masa yang sama kita juga memerlukan suatu perspektif yang baru dalam usaha penyelidikan antropologi di Sarawak (Kedit, 1975). Tambahnya, beberapa perkara boleh diselidiki di Sarawak. Ini termasuk kajian-kajian berkaitan dengan hubungan antara suku kaum dan proses silang budaya, penyelidikan mengenai undang-undang adat, dan perubahan sosiobudaya serta modenisasi.

Bagi pihak Muzium Sarawak sendiri, Peter Kedit telah menggariskan tiga bidang yang beliau harap dapat diberi tumpuan pada masa akan datang. Di antaranya ialah kajian antropologi tentang kumpulan-kumpulan minoriti dan ini disifatkannya sebagai suatu keperluan yang sangat mendesak. Selain itu, kajian tentang perubahan sosiobudaya dan kajian etnologi mengenai pelbagai suku kaum di Sarawak dianggap perlu dalam usaha mengemaskinikan bahan-bahan antropologi yang telab dikumpul setakat ini.

Dalam usaha penyelidikan ini, Kedit percaya bahawa penyelidik-penyelidik pelawat memang boleh memainkan peranan mereka. Adalah menjadi harapannya agar digalakkan kerjasama di antara pengkaji-pengkaji tempatan dengan pengkaji-pengkaji pelawat. Kajian ini, menurutnya, perlulah bersifat praktikal dalam ertikata ia bukan sahaja bertujuan memahami serta menganalisis beberapa perkara, malah boleh memberikan kita jawapan bagi beberapa masalah dan proses sosiobudaya.

Kenyataan dan minat penyelidikan yang digariskan oleh Kedit selaku ahli etnologi negeri Sarawak hendaknya dijadikan panduan bagi penyclidikan di situ. Namun begitu, syor-syor yang telah diberi oleh Appell (1976) dalam Studies in Borneo Societies: Social Process and Anthropological Explanation juga boleh melengkapi bidang-bidang yang telah digariskan oleh Kedit. Senarai bidang yang dibincangkan oleh Appell untuk kajian di Sarawak termasuk pcnyelidikan etnografi, etnologi, antropologi psikologi, antropologi perubatan, tradisi lisan dan klasifikasi etnik, saya rasa,

88 AWANG HASMADI AWANG MOIS

dapat memberikan kita sedikit idea tentang apa yang boleh kita 1akukan, terutama buat masa kini.

KAJIAN ETNOGRAFI DITEKANKAN

Saya memang bersetuju bahawa kita perlu menekankan kajian etnografi, terutama bagi kelompok-kelompok minoriti. ini adalah kerana, seperti kata AppeIl (1976: 16), “the most analytical of social anthropologists refer to themselves as ethnographers and engage in descriptive studies. In the end all analytical work must depend on and arise from good [huruf condong saya] ethnography”. Setakat ini, dalam konteks Sarawak, kenyataan Appell memang ada kesahihannya.

Kita tidak begitu pasti kumpulan-kumpulan manakah yang termasuk di dalam senarai kelompok minoriti yang dimiliki oleh Muzium Sarawak. Namun begitu, di Bahagian Pertama, Sarawak, suku kaum seperti Larah, Jagoi, Singe dan Biatah perlu dikaji sebagai usaha melengkapi kajian klasik yang telah dibuat oleh Geddes (1954) ke atas komuniti Bidayuh di kawasan Ulu Sadong. Suku kaum Bugis, suku kaum bukan-Melayu tetapi dalam banyak hal boleh mencelah ke dalam suku kaum Melayu Sarawak juga perlu dikaji. Nama-nama tersebut adalah di antara beberapa kelompok kecil yang terdapat di Bahagian Pertama.

Dalam keadaan pembangunan yang sebegitu rakus, terutama di bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Miri, dan kini Bintulu, ada baiknya kita mengkaji komuniti penghijrah atau setinggan di kawasan-kawasan tersebut. Di antara kawasan-kawasan yang boleh dikaji ialah kawasan Sungai Apong, Kuching. Ini melibatkan setinggan yang terdiri dan golongan Melayu dan Dayak. Selain itu, ada juga kawasan seperti Kampung Semerah Padi dan Lada Pedas di kawasan sekitar jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub. Di Sibu kawasan yang mungkin boleh dikaji ialah seperti kawasan Lanang dan di Miri kawasan Pujut. Ini adalah di antara beberapa kawasan yang boleh dilihat keadaannya kerana masanya masih tidak terlalu awal.

Seperti Appell (1976) dan, lebih awal dari itu, Harrison (1955), saya juga berpendapat bahawa kajian tentang tradisi lisan mahupun cerita rakyat harus dipergiatkan. Pada masa dulu, Harrison berpendapat bahawa tugas ini haruslah dilakukan oleh Muzium Sarawak dan badan-badan bersekutu. Saya percaya di Sarawak banyak badan kerajaan berminat terhadap penyelidikan; kalau tidak pun mereka sekurang-kurangnya berminat terhadap hasilnya. Saya beranggapan bahawa badan-badan ini boleh bergabung tenaga ke arah pencapaian suatu tahap penyelidikan yang lebih berkesan. Pihak Muzium Sarawak sebagai badan penyelidik

PENYELIDIKAN ANTROPOLOGI DI SARAWAK 89

yang tertua harus diberi penghormatan untuk mcnyelaraskan usaha ini supaya hasilnya dapat menguntungkan semua.

Pcrkara seperti tradisi lisan atau cerita rakyat memang menarik minat Radio dan Televisyen Sarawak dan Kementerian Kebudayaan, Bclia dan Sukan Sarawak. Selama mi tiap-tiap badan ini mengutip apa yang ada secara berasingan tanpa mengetahui apa yang sudah dikutip oleh yang lain. Ada baiknya apa yang tclah dikutip itu disenaraikan dan senarainya disimpan dalam rekod Muzium Sarawak untuk kepentingan pengkaji pada masa kemudian. Di sinilah timbulnya keperluan menyclaraskan kegiatan aktiviti pelbagai badan yang berminat.

SUMBANGAN KEWANGAN

Saya juga percaya bahawa badan-badan yang berminat patut memben sumbangan yang lebih positif terhadap penyelidikan di Sarawak. Kepada badan-badan yang besar dan berkedudukan, ada baiknya sumbangan ini mengambil bentuk bantuan kewangan selain anjuran serta galakan. Sudah sampai masanya badan-badan yang berminat itu menawarkan bantuan kewangan sekali dcngan seruan rasmi yang dibuat melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan suratkhabar. Langkah ini lebih positif dan dengan sendirinya adalah suatu galakan yang sebenar. Pada fikiran saya, mereka yang patut diberi galakan dan bantuan seperti ini adalah mahasiswa-mahasiswa Sarawak yang sedang menyediakan tesis atau latihan ilmiah mengenai Sarawak di universiti-universiti tempatan. Ini adalah kerana mereka ini memang selalunya sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan dalam hal terscbut. Tetapi pihak yang berminat dalam hasil kajian mereka memang banyak.

Di Sarawak ada beberapa buah badan yang boich membantu dan segi sokongan terhadap tujuan yang telah dinyatakan. Selain dan Muzium Sarawak, pihak Majlis Adat-Istiadat juga boleh membantu. Badan ini kini bertanggungjawab mengumpul bahan-bahan berkaitan dengan adat dan hukum adat di Sarawak. Adalah kurang adil sekiranya mereka menggunakan sahaja bahan yang sudah terhasil tanpa membantu secara positif ke arah mencari bahan-bahan yang mereka sangat perlukan. Sehubungan dengan itu, tentu Sarawak Literary Society juga boleh membantu.

KERJASAMA DAN PERIPENTINGNYA PENYELIDIKAN
MASA KINI

Pihak Radio dan Televisyen Malaysia, Arkib Negara dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak sepatutnya mempunyai unit penyelidikan yang boleh bekcrjasama dalam mengumpul bahan-bahan yang telah ditemui olch pegawai-pegawai luar

90 AWANG HASMADI AWANG MOIS

(field officers) mereka. Kenyataan irii adalah berdasarkan pengalaman peribadi sewaktu membantu mengendalikan satu bengkel yang bertajuk “Bengkel Penyelidikan Peringkat Negeri” yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak pada 15-20 November 1983. Sekali lagi saya rasa kita memerlukan satu jawatankuasa penyekidikan tradisi lisan negeri Sarawak seperti yang telah dicadangkan oleh Saiee Driss dalam kertas kerjanya dalam bengkel tersebut. Penemuan-penemuan pada masa bengkel tersebut menambahkan lagi kepercayan saya bahawa cadangan Saiee Driss sangat baik dan berguna.

Dalam hal penyelidikan di Sarawak, memang tidak ada had kepada apa yang boleh kita perkatakan dan apa yang kita boleh buat. Terpulanglah kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memperkota apa yang telah dikatakan. Kalau semasa Charles Brooke, dengan keadaan ekonomi Sarawak yang tidak begitu kukuh, beliau dapat menggalak dan sanggup memberi hadiah kepada orang yang menulis tentang aspek-aspek sosiobudaya Sarawak, saya tidak nampak kenapa, dalam keadaan pemerintahan Sarawak yang lcbih kukuh dan ekonominya lebih maju, kita tidak dapat berbuat sesuatu yang sama. Dalam hal in mungkin yayasan-yayasan pelajaran yang ada di Sarawak dapat memberi sumbangan di samping bantuan langsung yang boleh diberikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak. Peripentingnya penyelidikan, terutama dalam keadaan manusia sebegitu gelojoh dengan pembangunan, sudah diperkatakan oleh Harrison (1955:xviii) kirakira tiga-puluh tahun yang lalu:

The great acceleration of Western ‘education’ since the Japanese occupation, with subsequent drastic changes in administration and policy ... is obliterating ‘the past’ at a rate previously unthinkable even over centuries. In another generation or two, there inevitably will come a realization of the loss. No people can afford to abandon their history. All are prisoners to their past — the more helpless if they cannot recognise it. It is our job to lay aside the seed for later replanting ….

Demikianlah kata-kata Harrison. Kita harus mengambil panduan darinya.

RUJUKAN

Appell, G.N. 1976. Studies in Borneo Societies: Social Process and Anthropological Explanation. Illinois: Center for Southeast Asian Studies, Northern Illinois University.

Brooke, Charles. 1866. Ten Years in Sarawak. London: Tinsley Brothers.

Denison, Noel. 1976a. “Notes on the Land Dyaks of Sarawak Proper”. Sarawak Gazette. October 10.

Denison, Noel. 1976b. “Notes on the Land Dyaks of Sarawak Proper”. Sarawak Gazette. December 14.

PENYELIDIKAN ANTROPOLOGI DI SARAWAK 91

Denison, Noel. 1977. “Notes on the Land Dyaks of Sarawak Proper”. Sarawak Gazette. December 16.

Everett, A.H. 1877. “Malays versus Chinese”. Sarawak Gazette. December 8.

Furness, W.H. 1902. The Home-Life of Borneo Headhunters. Philadelphia: J.P. Lippincott.

Gabriel Gumis ak Human. 1976. “A Socio-Historical Survey of the Singgai Dyaks”. Journal of the Malaysian Historical Society Sarawak Branch. No.3.

Geddes, W.R. 1954. The Land Dyaks of Sarawak. London: Her Majesty’s Stationery Office.

Gomes, E.H. 1911. Seventeen Years Among the Sea Dyaks of Borneo. London: Seeley.

Gomes, E.H. 1917. The Sea Dyaks of Borneo. Westminster: Society for the Propagation of the Gospel in Foreign Parts.

Harrison, Tom. 1949. “Notes on some Nomadic Punans”. Sarawak Museum Journal. Vol.V.

Harrison, Tom. 1955. “Editorial”. Sarawak Museum Journal. Vol VI.

Harrison, Tom. 1956. “Ulu Problems”. Sarawak Gazette. November 30.

Harrison, Tom (ed.). 1959. The People Of Sarawak. Kuching: Government Printer.

Hose, Charles. 1893. “Speaking with the Dead”. Sarawak Gazette. July 1.

Hose, Charles & McDougall, W. 1912. The Pagan Tribes of Borneo. 2 vols. London: Macmillan.

Howell, Wm. 1838. “The Sea Dyaks”. Sarawak Gazette. June 1.

Howell, Wm. & D.J.S. Bailey. 1900. A Sea Dyak Dictionary. New York: American Mission Press.

Kedit, P.M. 1975. “Current Anthropological Research in Sarawak”. Sarawak Museum Journal. Vol. 23, no. 44.

Kiyu, Andrew. 1983. “Punan Settlement of Long Paloh, Sungai Layun, Baram”. Sarawak Gazette. Vol. CIX.

Langub, Denis. 1983. “Travelling to Penan Areas”. Sarawak Gazette. Vol. CIX.

Mohd. Ramzi bin Sulaiman. 1976. “The Bugis Settlement in Simunjan”. Journal of Malaysian Historical Society Sarawak Branch. No 3.

Needham, R. 1972. “Penan”. Dalam Ethnic Groups of Insular Southeast Asia. Vol. 1. Ed. Frank M. Lebar. New Haven: Human Relations Area Files Press.

Pringle, R. 1970. Rajahs and Rebels. Ithaca, N.Y.; Cornell University Press.

Saiee Driss. 1983. “Jawatankuasa Tradisi Lisan Negeri Sarawak”. Kertas dibentangkan dalam Bengkel Penyelidikan Kebudayaan Peringkat Negeri Sarawak pada 15-20 November.

St. John, Spenser. 1974. Life in the Forests of the Far East. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Sarawak Museum. 1983. Sarawak in the Museum. Kuching: The Summer Times Publishing.

Wallace, A.R. 1983. The Malay Archipelago. Singapore: Graham brash.

Ward, A.B, 1966. Rajah’s Servant. Data Paper No. 61. Ithaca, N.Y.: Cornell University.

JURNAL ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI, JILID 12, 1984*
* Dengan ehsan pengarang jurnal yang kini sudah ditamatkan penerbitannya.

Free Hit Counter