Monday, 22 January 2018

Fenomena anak2 Melayu kembali menjual nasi lemak, jadi pemandu Uber ...Kenyataan Tun Dr Mahathir Jangan Disalah Interpretasikan


Fenomena anak2 Melayu kembali menjual nasi lemak, jadi pemandu Uber adalah seperti yang terungkap oleh Eric Paulsen sebagai: "an admission of a failed education system."
Saya sangat bersetuju dengan Tweet Eric Paulsen petang 21 January 2017.
Kenapa Saya Bersetuju Dengan Kenyataan Eric Paulsen? Untuk Memahami Kenapa marilah kita merujuk kembali atau membaca dan membacs semula apa yang telah tertulis dan tercatat dalam sebuah buku yang suatu ketika dulu pada tahun 1970an sebagai DASAR EKONOMI BARU (RMK2 ter.1970). Ini Dasar Ekonomi yang sebenarnya telah digubal semasa pemerintahan Allahyarham Tun Razak yang telah menjadi garis panduan dasar sosio-ekonomi dan politik yang telah  dilaksanakan oleh pemimpin2 UMNO kemudian, kecuali dan kecuali anak beliau anak kepada Tun Razak sendiri Najib Razak kerana semasa beliau mengambilalih teraju kemimpinan negara beliau telah bercakap pasal the New National Economic Policy dan sebagainya.

Tujuan atau objektif dan matlamat (aims) DEB bukan untuk melahirkan anak2 Melayu/Bumiputera terpelajar yang menjadi penjual nasi lemak dan pemandu teksi/uber Melainkan untuk Menghapuskan Kemiskinan dan Menyusun Semula Masyarakat serta menjadikan anak2 Melayu usahawan/ cendiakawan/ majikan/ pengurus/ pentadbir/ pendidik kelas menengah yang berpendidikan tinggi, berpandangan jauh dan berketrampilan. Kalau sekadar menjadi penjaja nasi lemak dan pemandu uber/teksi memang seperti disebut oleh Tun Dr. Mahathir tak payah, tak usah. Kenapa? Kerana itu bukan matlamat DEB. Itu adalah satu anti-tesis kepada DEB. DEB bermatlamatkan peningkatan maruah dan martabat Melayu bukan mengekal atau mengembalikan mereka kepada keadaan sosio-ekonomi pada zaman sebelumnya. Kalau ini dianggap dongeng baca semula buku DEB atau RMK2. Itu fakta dan Sejarah yang tidak harus dilupakan.

Kegiatan menjual nasi lemak dan menjadi pemandu teksi/uber itu memang satu cerita dan kegiatan yang sudah lama dilakukan oleh ibu-bapa Melayu/bumiputera dan sebelum DEB lagi. Pada abad 21 kita mau rasai, alami, nikmati dan saksikan dengan mata kepala sendiri satu keadaan dan gaya hidup yang lebih senang dan lebih maju tanpa dikelilingi dan dibebani oleh beban hutang yang berpanjangan.Kalau lulusan universiti-universiti tempatan yang rata2nya beraliran Melayu sekadar boleh menjadi pemandu Uber/teksi dan penjual nasi lemak maka dengan sendirinya kita telah gagal mencapai objektif DEB yang kita telah perjuangkan berdekad-dekad lamanya. Dalam perkataan lain dan dalam bahasa Inggeris kita telah kembali kepada keadaan status quo, back to the late 1960s dan pra-DEB, keadaan  sewaktu anak2 Melayu tidak ramai yang berpengajian tinggi dan berkelulusan universiti dan dengan sendirinya sukar dan tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, justeru sukar untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonomi diri dan keluarga. Apa ertinya semua usaha yang telah dimulakan oleh Tun Abdul Razak untuk membantu memperbaiki keadaan sosial dan eknomi masyarakat Melayu kalau pada tahun2 2018 pun lulusan universiti dan pusat2 pendidikan tinggi hanya termampu menjadi penjual nasi lemak, roti canai dan pemandu teksi/Uber sedangkan suku-bangsa yang dianggap dan dipandang minoriti pun sudah semakin maju dan sudah menceburkan dalam sektor perdagangan dunia atau antarabangsa.Cuba tanya ibu-bapa Melayu kalau inilah yang mereka mahu dan ingini untuk masa depan anak2 mereka!

Kita sudah melepasi tahap dan tempoh DEB tapi di takok mana kah anak2 dan kebanyakan graduan Melayu berada pada masa kini? Ke mana pergi 30% equiti Melayu dalam perniagaan Malaysia kini? Adakah peluang anak2 Melayu lulusan universiti semakin bertambah atau semakin berkurangan kerana 100 macam alasan? Berapa ramaikah anak2 Melayu yang mampu membeli rumah selepas mereka tamat pengajian di universiti? Mereka semua sekolah freekah atau kena bayar PTPTN dan dipotong gaji? Malaysia dan Melayu bertambah maju atau sebaliknya Melayu semakin ditimpa masalah dan menjadi semakin mundur? Felda dan anak2 FELDA bertambah kaya- kah? Tabung Haji? KWSP? Dulu Rakyat Yang Banyak Papa, Sekarang Negara Pun Kedana!

Thursday, 21 February 2013

Etnografi Sarawak:Upacara Perubatan Tradisional Barasid di Kabong, Sarawak


Etnografi Sarawak: Kisah Dari Lapangan

Dari Nota Lapangan Tentang Upacara Perubatan Tradisional Barasid di Kabong, Sarawak

Mengenali watak-watak halus melalui upacara perubatan:

Siapa kata hantu tidak berkira? Dalam amalan perubatan tradisional yang disebut sebagai berasid seperti dilaporkan dalam satu bengkel tradisi lisan di Kabong pada tahun 1983 memang mahluk halus bernama hantu dijadikan perantaraan untuk mendapatkan rawatan. Seperti seorang manusia yang telah dijadikan Tuhan maha pencipta, hantu pembantu dalam upacara pengubatan yang disebut barasid ini sangat berkira sifatnya. Boleh dikatakan bahawa macam mana materialistiknya manusia begitulah juga sifat jin dan hantu. Ada sejenis itu akan mengira upah (baih) yang telah diterimanya dari manusia dengan membilang upah yang telah diterimanya sambil berkata seperti berikut:

“ … Dudi, dudi, dudi beres, beres pio juak
Yo enggak upahnya
Dudi, dudi, dudi serupo!”

Seringkali apabila upah baih kurang memuaskan, antu barasid akan bersungut dan berkata seperti berikut:

“ … Gila jak miskin serentak …
Ya enggak beri upah elah kito …
Dikit gila upah kitak tuu …
Lelah kamek oleh kitak manger …”

Sebagai orang perantara  kepada hantu berkenaan, tukang barasid akan bersungut-sungut tentang upahnya yang tidak memuaskan dan ini dizahirkan melalui pelakuan atau perbuatan mengacau –ngacau beras dan benang dalam bekas gantang yang digunakannya dalam upacara pengubatan sebagai tanda menyatakan rasa tidak puas hati hantu dengan upah yang telah diberikan kepadanya dan  keinginan hantu untuk mengembalikan hadiah yang tidak memuaskan. Melihat keadaan sedemikian dan demi mendapatkan kembali kesihatan family pesakit akan menambah upah mereka kepada si hantu sehingga ke tahap yang dia hajati ….

Wednesday, 9 January 2013

Ada Perkara Besar Yang Tidak Kena di tempat yang bergelar "The Heart of Borneo" (Nadi Borneo)

Kenapakah seorang tenaga pengajar akademik Universiti Brunei Darussalam bertaraf Associate Professor Dr Maung Zarni meletak jawatan dengan tiba-tiba? Apa halnya dan apa kata pihak pimpinan atasan Universiti Brunei Darussalam? Dan apakah isi kandungan SALINAN SURAT AP DR. MAUNG ZARNI kepada mantan majikannya UBD dan nama2 individu2 yang berkaitan dengan perletakan jawatannya?

Sudah tiba masanya rakyat Negara Brunei Darussalam diberitahu keadaan ketidaktentuan atau huru-hara yang sedang berlaku di sebuah institusi pendidikan ulung dan utama di Negara Brunei Darussalam. Semenjak penasihat khas Associate Professor Tong Chee Kiong memegang tugas sebagai penasihat dan de facto Vice Chancellor di Universiti Brunei Darussalam ramai tenaga akademik yang berkaliber dari University of Harvard, London School of Economics, Oxford Uinversity dan Cambridge University telah ditamatkan kontrak mereka oleh Tong Chee Kiong dengan izin Vice Chancellor yang bertaraf part-time Zulkarnain dan konco2 mereka, yang ada daripada mereka tersebut dalam surat Dr Maung Zarni.

Tindakan memberhentikan tenaga akademik yang cukup berkaliber ini telah dilakukan secara sistematik dan penuh deceit oleh penasihat VC sehingga ramai yang tidak menyangka adakah matlamat Emperor Tong Chee Kiong ini bertmotifkan pembahruan dan berkepetingan memajukan universiti kebangsaan Brunei atau suatu usaha untuk membawa konco-konco beliau dari Singapura, Taiwan dan Mainland China yang ada daripada mereka tidak setinggi pencapaian akademik dan lebih tua daripada tenaga akademik yang ditamatkan kontrak yang terdiri dari yang utama seperti Malaysia, Amerika, Afrika, India dan United Kingdom.

Memang sudah tiba masanya tindakan kejam,  tidak berperikemanusiaan apatah lagi tanpa pertimbangan akademik yang jauh dan mendalam Emperor Tong Chee Kiong di Universiti Brunei Darussalam ini DIBERHENTIKAN dan perkhidmatan beliau sendiri patut ditamatkan serta merta sebelum Universiti Brunei Darussalam yang dulunya begitu popular dan diminati oleh sarjana dan penyelidik luar tidak dapat lagi disebut sebagai sebuah universiti atau BAHTERA akademik yang memperjuangkan aspirasi rakyat Brunei yang mendaulatkan falsafah negara yang sentiasa dilaungkan sebagai MIB atau Melayu, Islam, Beraja. Kenapa? Kerana Nakhoda kapal ini yang sebenarnya bukan lagi seorang Melayu yang punya jiwa Melayu yang dapat memperjuangkan kepentingan dan hasrat Melayu Brunei, bukan seorang yang dapat memperjuangkan kepentingan agama rasmi Brunei iaitu agama Islam dan apatah lagi menghormati posisi istimewa kedudukan Raja Melayu Brunei melalui tindak tanduk yang telah dan sedang dirancana dan dilakukannya sepanjang tempoh beliau menduduki jawatan sebagai "penasihat khas" kepada Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam. Bersama posting ini bacalah dan fahamilah isi kandungan warkah rasmi DR MAUNG ZARNI kepada mantan majikan dan teman-temannya di pejabat Canselori UBD

Free Hit Counter